Monday 20 February 2012


Amalan Romantik Suami Isteri

Amalan Romantik Suami Isteri
1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja  masing-masing.
2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan,jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Jika boleh, biarlah berlaku dalam bilik ‘beradu suami isteri’ agar ia berakhir dengan ‘kemesraan’ jauh dari pandangan anak-anak.
9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.
10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
19. Setiap pagi berikan kucupan tanda sayang agar harinya dimulakan dengan senyuman, dan  malam  bisikan manja tanda terima kasih sepanjang hari berbakti kepada keluarga yang dibina bersama.Tidak salah juga minta maaf andai hari itu ada perkara yang mengguris hati suami/isteri, jangan tunggu raya sahaja!
20. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

Wednesday 1 February 2012

.... aku harus melaluinya .....

bila dia sebut untuk menyertai persatuan itu ....hatiku mula resah,celaru,takut,gelisah dan bermacam2 dalam fikiran ini .... tp aku tak berdaya untuk menghalang semua kemahuan dia ...aku harus berserah dan terus berdoa agar kehidupan kami sekeluaga seperti sediakala walaupun dia sudah menyertainya ...entah lah macam2 perasaan yang datang dalam fikiran ini... sbb mungkin aku sudah tahu apa yang akan belaku akan datang ... dia pasti akan sibuk kesana kemari ...bagaimana aku dhania dan arissa ... mesti masa kami akan kurang bersama dia ...aku harus berdikari utk anak2 aku ...walaupun dia berjanji tidak seperti yang pernah aku lihat ... tapi aku yakin dia akn sibuk memanjang ....masa bersama mungkin di kurang ....rasa nk menangis dalam hati ... aku tak leh nk berfikir secara matang dalam hal ini ...aku takut nak menempuhi nya ... tp aku harus tempuhi nya .... susah nya aku nak terima keadaan ini ... YA ALLAH berikan lah aku kekuatan untuk menghadapi segalanya akan datang ... yang pasti DHANIA dan ARISSA segalanya bagi kehidupan aku ... tanpa mereka ...siapalah aku

Wednesday 21 December 2011

alhamdulillah rezeki dari ALLAH

tidak ku sangka rezeki mencurah2 di berikan pada kami sekeluarga ...alhamdulillah  aku sangat bersyukur dgn apa yang di berikan pada aku ...selama ini aku sudah merasai keperitan hidup ...kesusahan hidup untuk membesar kan ank2 aku .... abg telah ambil jalan yang betul untuk mengubah cara kehidupan kami yang di belengu kesusahan dan penderitaan .... abg masuk sales dalam perodua .... rezeki yang selama ini akan kuterima hanya hujung tahun sahaja... tp sekarang tidak lagi .... moga rezeki itu milik kami selamanya ... banyak perubahan yang aku rasai sebelum ini yang susah utk aku rasai ..... alhamdulilah rezeki yang maha esa ......

Friday 11 November 2011

my story love

                                                              
ini kisah aku dan dia ...

tingkatan 3 tahun 1997... aku sebenarnya mmg menaruh hati pun kat eddy ni ... tapi malas nk melayan la .... sbb dia tu belagak sombong ...mengada pulak tu ... tp secara kebetulan tahun tu aku di tempatkan dalam kelas yang sama dgn si eddy ni ..kelas 3 luhur... yakkkk tak suka nye ... hurmmm dan kebetulan pula semasa lantikan ketua dgn penolong kelas ... aku dgn eddy ni di pilih jd ketua dgn penolong ...aduss mesti aku kena buli dgn si eddy ni ... benci nya ... sepanjang tahun 1997 aku tak ada sangat kat sekolah sbb aku ni atlet olahraga ..so banyak masa di luar buat latihan ..so tgjwb sbgai penolong eddy aku serahkan pada dia sepenuhnya ...heheh padan muka ko eddy.... abis acara olahraga hujung tahun barulah aku beri tumpuan pada pelajaran yang ketinggalan banyak ... dah nk PMR waktu tu ... perjalan kehidupan aku macam biasa je ..ada satu kisah 1 petang cikgu math aku nk buat kelas tambahan..soaku pun nk join la sbb dah lama tak study kan aysik bersukan je .... so hanya ada 6 orang je yang hadir seingat aku 3 perempuan 3 lelaki ( zamurina , aku dan haziah .... eddy , hafiz dan rijal ) je yg tak datang ,... dorg dah pandai kot ..so kelas tak ada yng kosong cikgu nik ambik keputusan belajar dalam makmal sains je...aku duduk tepi eddy azzuan ni .. punye la dia ni jahat sangat kan ... dia leh pijak kaki kau ni dgn kasut dia...hangin satu badan aku dgn dia ni ...tp sabar je la ..kenapa tah aku leh sabar dgn eddy azzuan ni ...emmm lantak lepas pada kejadian tu mmg aku tak bertegur dgn dia sampai ke sudah ... PMR bermula 3 hari ...lepas PMR abis..so apa lagilah ... kenduri tak belajar ..melepak je dalam kelas , tak ada aktivi yng nk di buat aku macam biasa dtng sekolah.. duk umah pun tak apa nk buat kan ...dtg sekolah leh melepak borak2 dgn kwan2... 
hari khamis 12.11.1997.... aku borak dgn haziah belakang meja eddy azzuan ni.... aku tgk si eddy azzuan ni membaca komik ..... entah komik ape pun tak tahu .....pas tu aku kacau eddy ni ..."eh ko ...baca apa haaaaaa..meh aku tgk jap " eddy tak kasik langsung ...kedekut toll arr eddy ni .... aku blah la terus dr meja eddy ni ...alik2 tak sampai 5 minit eddy panggil aku " woii ko meh sini jap ... ko cuba baca ayat nie " dia menunjukkan keratan di bawahh:

aku pun baca...aku terus je jawap tanpa memikir apa2 pun " jom arr kalau  " ---- dah jawap tu baru aku terfikir ... sungguh ke dia ni dgn aku .... rasa masa tu mmg merah padam muka aku depan eddy ni .... pas tu dia ckp duk jap .... dia tanya ...sungguh ke ni ??? hahha aku nk gelak pun ada ... sungguh la aku jawap...aku ingat dia memain dgn aku .... lepas pada tu aku terus blah dari meja dia ..ambik beg nak balik terus.. tp dalam hati ni tertanya " betul ke si eddy ni suka kat aku " ish dia ni bukan leh percaya sangat ... memain je lebih .... tapi keesokkan harinya ...aku terima sepucuk surat dari "EDDY AZZUAN " alamak dia dah jatuh hati pada aku ... hahahah dalam hati aku riang sangat..sbb jejaki idaman hati dah suka pada aku.... kahkahkaha sejak dari itu aku bercintan-cintan la kat sekolah ... yela kan zaman sekolah org cakap cinta kat sekolah bukan leh tahan pun ...syok gila bercinta time sekolah ... hari2 jumpa .... yang best nye surat cinta seminggu sekali mesti dapat ...cara kami kasi surat ...letak dalam buka nota sains masa tingkatan 4( surat cinta kami masih ada dalam simpanan ...ada 3 kotak kasut semua nye tau).... ekeke indah nye waktu bercinta zaman sekolah .... tak jumpa sehari rindu nya ...nampak bumbung umah pun dah hilang rasa rindu ...itu zaman dulu2 kan ....zaman sekarang dah canggih .....abis sekolah pun kami still berhubung... mungkin ini lah di katakan jodoh kan .... aku smbung belajar ...eddy terus kerja ... masa duk berjauhan dalam hati berkata adakah dia akan berjumpa dgn org lain dan akan meninggalkan aku ...tp alhamdulillah eddy tak macam tu ... bergitu setia pada aku ... sejauh mana pun aku dgn dia kami ttp saling mempercayai satu sama lain .... dah akhirnya eddy ambik keputusan untuk menjadikan aku sebagai suri dalam hidup nya ...

" alhamdulillah ALLAH kurniakan lelaki " EDDY AZZUAN " dalam hidup aku ."

------>  love 1211

Friday 4 November 2011

berkorban apa saja demi.....

esok dah raya ... hurmm tp hati dan perasaan aku macam tak leh di baca oleh siapa.... kepada siapa harus aku adukan perasaan hati ini yg betul2 mencengkam perasaan ... entah la kenapa aku ni macam ni ... sekali lagi aku berkorban utk dia ... nama pun raya korban kan ...berkorban apa saja untuk dia entah lah .,,.... sukar untuk ku nyata kan perasaan ini, hanya tuhan yang tahu apa perasaan hati ku ini ... hurmm sedih pilu dan macam2 bermain dalam fikiran ini ... ape pun aku harus teruskan jua apa yang bermain dalam fikiran ini .... ekekke so buangkan segala fikiran negetif dalam hati dan otak ini izan.... teruskan saja ...




so menu utk esok raya ... bihun sup.... rendang ayam.... nasi impit ...sudah memadai segalanya ...so nk try masak untuk hidangan suami dan anak2 yang tersayang ... hanya ini dapat ku luahkan ... moga aku akan ttp terus bahagia di bawah lindungan- NYA ....

-----> love 1211

Wednesday 26 October 2011

mereka......

mereka ini semuanya nyawa saya ... tanpa mereka hidup sy akan menjdi gelap.... mereka kesayangan saya seumur hidup saya ..... 

Tuesday 25 October 2011

november akan kembali

macam tak sabar je nk tunggu november .... kenangan terindah di bulan ini terjalin .... dan lahirnya permata hati ku yang pertama.... sabar ye izan... tp apa yang nk di lakukan bulan november ni ????? aduss pening kepala la apa nk di buat ...apa perancangan pun masih kosong dn kabur.... ekekek biasa 2 je kot boleh ke ??? kesian pulak kat dhania ... tiada sambutan hari lahirnya ...kalau buat mesti dia suka sgt ... sambut kat umah je cukup kot ...ok nnti akan di pikirkan apa yang nk dibuat ..12 hb nk buat ape? apa yang dia akan kasi pada aku ?? adakah dia ingat tarikh ini? atau dia akan membiarkan ia berlalu seperti angin yang lalu ??? oh tidak ...tp kalau dia buat tak tahu ... jgn terasa ...jgn merajuk...dah biasa kan !!!! bukan tak tahu perangai dia ... mmg dah itu dia ... so kena terima la seadaanya kelebihan dan kekurangan dia ya Izan .... ape pun moga NOVEMBER akan mejadi yang terindah dalam hidup ini ...

------> love 121197